KUALA LUMPUR – Isu harga luar biasa makanan di Restoran Nasi Kandar Kayu nampaknya masih tidak berkesudahan berikutan pendedahan terbaharu melibatkan cawangan restoran itu, kali ini di ibu negara.
Berdasarkan rekod dalam resit bertarikh 4 Januari, restoran itu di cawangan kafeteria kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, telah mengenakan caj melampau bagi sepinggan nasi kandar.
Menurut pemilik resit berkenaan, dia telah dikenakan caj sebanyak RM38.90 untuk satu jenis hidangan lauk iaitu daging kari kambing, nasi bersama air suam.
Susulan dari pendedahan resit berkenaan, netizen tampil mendedahkan restoran terbabit memang terkenal dengan harga yang agak tidak munasabah.
“Dengan harga macam itu, saya boleh dapat lamb chop dekat restoran mahal. Harga dia tak masuk akal langsung,” kata Anis Arzila.
“Kalau ye pun jangan la melampau sangat harga macam tu, ni bru btul kedai mamak sekarag ni harga makan pun melambung, entah bersih ke tak tempat makanan tu,” tulis Zainuddin Jali
Bagaimanapun, terdapat segelintir yang mengatakan harga terbabit adalah munasabah berikutan bahagian daging kambing itu dilihat agak besar dan sememangnya mahal.
“Itu lamb shank kawan-kawan, memang mahal. Kat IKEA RM39.90 lamb shank saja tak ada nasi…kat mamak siap ada nasi harga tu ok lah…jangan terus kecam, memang harganya mahal, sekor kambing ada empat je bahagian tu…hadam sendri la nilainya,” tulis Ray Qurl.
“Nasi kandar memang mahal, dengan daging kaming yang besar macam tu kalau awak nak makanan murah then awak boleh masak sendiri kat rumah,” kata Muzaffar Akmal. –MYNEWSHUB.CC
Comments :
0 comments to “Sepinggan Nasi Kandar RM38.90? Biar Betul?”
Post a Comment