Seorang kanak-kanak malang berusia 9 tahun ditemui mati di dalam biliknya pada pagi Rabu dipercayai akibat dipatuk ular yang ditemui bawah selimutnya dalam kejadian yang berlaku di Thailand.
Prapawee Prawat ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Lung Chu, 70, di rumah mereka di Chaiya Buri, menurut kenyataan polis.
Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian memeriksa keadaan Prawet dan menemui bekas patukan pada jarinya.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa membawa kepada penemuan seekor ular tedung sepanjang kira-kira 2 meter di bawah selimutnya.
Ular tersebut kemudiannya dibunuh oleh penduduk kampung dan jasad Prawat di bawa ke hospital Chaiya Buri untuk dibedah siasat.
Menurut pihak polis lagi, pemeriksaan awal mereka terhadap jasad Prawat menjangkakan bahawa kanak-kanak tersebut sekurang-kurangnya sudah meninggal dunia untuk tempoh 8 jam sebelum disedari.
"Dia tidur ketika itu dan saya mahu mengejutkannya untuk ke sekolah."
"Prawat tinggal bersama saya dan moyangnya kerana orang tuanya sudah bercerai."
"Kami tidak tahu bagaimana ia berlaku. Rumah kami tidak pernah dimasuki ular sebelum ini."
"Saya sangat sedih. Saya harap saya dapat gantikan tempatnya, dia masih kanak-kanak," kata neneknya yang kesedihan.
Sumber - SiakapKeli
Comments :
0 comments to “(Video) Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Mati Dalam Bilik Akibat Dipatuk Ular Tedung Ketika Tidur”
Post a Comment