Fesyen adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Ia sudah berada dalam kalangan masyarakat dunia sejak beratus malah mungkin beribu tahun dahulu. Namun, ia semakin berkembang pesat hanya sejak beberapa abad yang lalu.
Wanita, adalah golongan yang boleh dikatakan obses terhadap fesyen berbanding golongan lelaki. Disebabkan itu, dikatakan antara salah satu sektor yang tak akan pupus di muka bumi ini malah semakin membangun adalah fesyen wanita.
Kami ingin berkongsi 5 jenama fesyen yang paling bernilai di dunia ketika ini.
5. Chanel
Antara jenama paling terkenal di dunia, Chanel berada di tangga ke-5 jenama fesyen paling popular di dunia. Jenama Chanel bernilai RM29.1 billion dengan pendapatan tahunan mencecah RM23.54 billion. Jenama ini diasaskan pada 1909 oleh Coco Chanel, seorang pereka fesyen, di Paris, Perancis. Coco Chanel juga dikatakan adalah seorang perisik ketika perang dunia. Jenama Chanel menjanjikan kualiti, kemewahan dan pertukangan yang sangat eksklusif, khas bagi wanita yang suka berfesyen.
4. Prada
Bagi Prada, tak perlu diperkenalkan lagi jenama ini. Terdapat beg berjenama ini yang lebih mahal daripada harga sebuah kereta. Perolehan tahunan Prada mencecah RM15.84 billion dan jenama ini bernilai RM31.24 billion. Jenama yang diasaskan oleh pengeluar kulit Itali oleh Mario Prada pada 1913 di Milan, Itali ini menghasilkan barangan kulit dan pakaian yang sangat ekslusif.
3. Hermès
Hermès yang terkenal dengan produk seperti beg yang berharga beratus-ratus ribu ringgit, berada di tempat ke-3 senarai ini. Dengan nilai jenama mencecah RM45.37 billion, perolehan tahunan oleh Hermès adalah sebanyak RM22.67 billion. Jenama ini berasal dari Paris, France ini telah diasaskan oleh Thierry Hermès pada tahun 1837 khusus dalam penghasilan barangan dari kulit termasuk beg, aksesori, minyak wangi, jam dan barang kemas. Bukan calang-calang orang yang boleh memiliki barangan berjenama Hermes kerana ia tersangat mahal.
2. Gucci
Pada tahun 1921, seorang pereka fesyen dan ahli perniagaan, Guccio Gucci telah menghasilkan jenama Gucci di Florence. Kini, 96 tahun kemudian, jenama ini bernilai RM53 billion, dengan RM19.26 billlion diperolehi daripada penjualan beg Gucci. Gucci mempunyai 278 cawangan di seluruh dunia yang mana menjual pelbagai barangan ekslusif termasuklah aksesori, minyak wangi, beg dan kasut. Gucci berada di tangga ke-38 dalam senarai "Jenama Paling Bernilai Di Dunia" oleh majalah Forbes.
1. Louis Vuitton
Berada di tempat pertama tidak syak lagi jenama fesyen paling terkenal dan paling bernilai di dunia, Louis Vuitton. Jenama yang berasal dari Paris, Perancis ini bernilai mencecah RM120.27 billion, dengan hasil jualan sebanyak RM43.2 billion di serata dunia. Jenama yang bermula sejak tahun 1854 oleh pereka fesyen, Louis Vuitton menghasilkan dan mengeluarkan beg, aksesori, pakaian, kasut, barang kemas dan barang-barang mewah lain. Mereka yang memiliki barangan berjenama Louis Vuitton mungkin dianggap sebagai boros namun dengan kualiti dan kelas tersendiri, ia sememanya berbaloi. Ketika ini, Louis Vuitton antara jenama yang paling laris di dunia.
Sumber - Iluminasi
Comments :
0 comments to “5 Jenama Fesyen Yang Paling Bernilai Di Atas Muka Bumi”
Post a Comment