Kuat betul pukulan Vans x Pa’din Musa ini. Kasut kolaborasi ini sold out pada hari ianya dikeluarkan dan harga untuk kasut ini kini sudah mencecah ribuan ringgit!
Sesuatu model kalau dah terkenal, pasti akan muncul versi tiruannya. Model Vans x Pa’din Musa ini juga tidak terkecuali. Menurut saudara Nedi Iskandar yang kini berada di China, beliau sudah jumpa Vans Pa’din Musa ini di sana dan kalau tengok sekali pandang, memang hampir sama dengan yang original.
Minggu lalu muncul versi ciplak kasut ini yang jauh sekali sama dengan kasut yang asal. Tetapi model yang dijumpai saudara Nedi Iskandar ini adalah antara copy yang paling hampir dengan yang original.
Berdasarkan komen di posting Nedi berkenaan kasut ini, ramai yang berminat untuk mendapatkannya kerana terlepas peluang untuk membeli kasut Vans x Pa’din yang original. Ada juga yang ingin membeli kerana tidak mampu untuk membayar harga reseller untuk kasut ini yang semakin naik dari hari ke hari.
Disebabkan kasut ini dihasilkan pada kuantiti yang kecil, peminat tiada pilihan untuk membeli versi yang tiruan ini. Selepas ini anda mungkin perlu berhati-hati sekiranya ingin membeli kasut ini pada harga yang tinggi. Takut terbeli versi yang tiruan pula.
Disebabkan permintaan kasut ini masih tinggi, mungkin tiba masanya untuk pihak Vans menjual batch kedua untuk kasut ini? Harap- harap adalah.
Sumber - The Vocket
Comments :
0 comments to “Terlalu Popular, Versi ‘Copy Ori’ Vans x Pa’din Musa Sudah Muncul Di China”
Post a Comment